Nuffnang

Rabu, 30 Mei 2018

9 Langkah Dalam Resepi Donat Paling Gebu

Salam semua,

Berjumpa lagi kita pada post kali ini. Untuk entri kali ini, tak sabar rasanya saya nak berkongsi resepi donat paling gebu dengan anda semua. Bukan apa, selama ini saya pernah mencuba buat donat banyak kali... tapi tak pernah jadi segebu kali ini. Dulu macam-macam resepi saya ikut, tekniknya memang susah dan berpeluh bagai nak rak membuatnya... tapi hasilnya liat dan keras. Rasanya juga tak lemak walaupun saya letak marjerin berkualiti tinggi. Yang peliknya, kali ini saya bukan ada niat pun untuk menguli tepung membuat donat, tapi anak lelaki saya yang menyebabkan saya turun ke dapur. Dia entah kenapa mengidam sangat nak makan donat, dimintanya saya pergi beli tapi hujan tengah turun di luar, malas betul rasanya nak menukar baju dan meredah hujan tu. Minta papanya belikan, tapi bila ditelefon, papanya tak angkat telefon. Hampa betul anak bujang saya tu. Melihat mukanya yang sedih, tak sampai hati saya. Jadi saya cakap padanya, mama cuba buatlah donat abang tu, ya? Tapi mama bukan tau sangat nak buat donat ni. Entah jadi, entah tidak. Ini pun mama cuba-cuba aja. Kalau jadi, jadilah ya.

Doughnuts arranged in a circle royalty-free stock photo
Macam inilah rupa donat saya...

Entah macam mana saya macam terang hati pulak hari ini walaupun segala bahan saya langsung tak sukat atau timbang. Semuanya main agak-agak. Tapi hasilnya bukan saja menjadi, tapi aduhai gebu-gebas yang langsung tak disangka! Berbunga hati saya tengok bila dah siap digoreng dan disalut dengan gula, nampak cantik dan bila digigit memang marvelous, sedikit rangup di luar dan lembut di dalam. Anak bujang saya tak sabar--sabar menanti bila nak siapnya. Baru goreng separuh dan belum disalut gula pun dia punyalah geram menengoknya. Siap cakap lagi, mama abang terasa nak makan sekarang ni... boleh ke? Alahai kesiannya anak mama. Tapi aku cakap, sabar dulu ya sayang.. sikit lagi nak siap goreng semua. Lepas habis goreng, baru salutkan gula sekali harung. Lepas taruk gula nanti dah boleh makan. Dia pun dengan sabarnya lahai berjalan longlai ke depan tengok TV dulu.

Little asian baby going to drink water in a glass cup in the morning time with bokeh background. royalty-free stock photo
Ehsan iStock. Sabar ya sayang... jap je lagi.

Haha. Itulah disebabkan donat yang saya buat kali ini menjadi, saya tak nak simpan resepi ni sorang-sorang. Saya nak kongsikan dengan anda semua dan saya pun boleh jadikan post ni sebagai bahan rujukan bila-bila saya nak buat donat lagi. Yalah, saya ni pelupa jugak orangnya. Kalau dah dicatat begini, senanglah nak buat rujukan esok-esok kan.

Oklah saya tak nak buang masa anda lagi. Di bawah inilah resepinya dan cara membuatnya yang mudah-mudahan cukup lengkap dan mudah difahami. Tapi seperti yang saya cakap tadi, saya tak sukat sangat, cuma agak-agak je.

RESEPI DONAT PALING GEBU

Bahan-bahan:
1.5 cawan tepung gandum biasa
1/2 sudu sedang shortening (marjerin warna putih)
2 sudu gula
1/2 paket yis mauripan
secubit garam
1 sudu teh baking powder
air suam

Cara Membuatnya:

1. Masukkan serbuk yis ke dalam cawan yang tinggi. Masukkan 2 sudu gula dan tuang air suam ke dalam cawan itu. Kacau dan ketepikan.

Brewing Yeast Starter royalty-free stock photo
Yis yang aktif akan berbuih.


2. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan. Masukkan shortening dan gaulkan kedua-dua bahan sampai betul-betul mesra dan tiada ketulan. Gunakan hujung jari untuk menghaluskan gaulan.

Ingredients for baking royalty-free stock photo
Saya gunakan shortening putih, 1/2 sudu je. 
Tepung, 1.5 cawan je.
Gaulkan dalam mangkuk adunan.


3. Tengok bancuhan yis tadi. Bila nampak buih yang banyak mula muncul di permukaan air, maknanya yis itu aktif dan elok, jadi bolehlah digunakan. Cedok sesudu dua air yis itu dan bubuh ke dalam campuran tepung dan shortening. Perlahan-lahan gaulkan adunan tepung dengan air yis dan uli. Sambil tu, tambah air sesudu demi sesudu sampai adunan doh jadi lembut dan sedikit melekit di tangan. Untuk mendapatkan tekstur adunan yang lembut dan sedikit melekit ini, anda mesti menguli agak lama dan jangan tergopoh-gopoh menambahkan air dengan banyak sekaligus. Teknik yang betul ialah, bubuh sesudu air yis, dan uli, uli, uli. Kemudian, tambah sesudu lagi air yis dan uli, uli, uli. Lepas tu tambah lagi sesudu air yis, dan uli, uli, uli. Ulang proses yang sama sampailah adunan doh jadi lembut dan sedikit melekit. Bukan melekit sangat ya. Melekit sedikit saja.

Preparing Dough for Home Made Gnocchi, Southern Europe royalty-free stock photo
Saiz doh saya lebih kecil daripada gambar,
jadi lebih senang menguli.


Tips: Lepas tiga kali pusingan menguli, sebaik saja saya masukkan air yis kali keempat ke dalam doh, saya masukkan garam dan uli, uli, uli. Kemudian, saya masukkan lagi air yis sesudu, dan masukkan baking powder, dan uli lagi. Garam saya letak kemudian sebab saya selalu tengok di siaran Astro AFC kalau buat roti, garam jangan bubuh awal ke dalam doh. Ini untuk mengelakkan doh daripada terbantut pengembangannya. Baking powder tu saya masukkan lambat sebab saya terlupa, tapi disebabkan donat saya jadi dengan elok, saya akan gunakan cara ni jugaklah pada masa depan. Hehe.

4. Bila doh dah lembut dan sedikit melekit, ketepikan sekejap untuk ambil dulang. Taburkan tepung gandum dengan rata ke permukaan dulang agar doh tak melekat di dulang.

baker hands sprinkle the flour royalty-free stock photo
Taburlah tepung macam ni...
tapi lebih molek di atas dulang.


5. Bila dulang dah siap, bentukkan doh menjadi bebola kecil dan susunkan semuanya di atas dulang yang ditabur tepung tadi. Saya malas nak bentukkan jadi donat berlubang, jadi saya buat bentuk bebola saja - ringkas tapi rupanya cantik dan senang dibentuk. Dah siap menyusun semua bebola doh tadi, ketepikan sekejap sebab kita nak ambil kuali dan panaskan minyak untuk menggoreng.

Pizza Dough royalty-free stock photo
Rupa dia lebih kurang macam nilah...
cuma doh saya nampak lebih smooth.


6. Gunakan api yang kecil saja untuk menggoreng. Bila minyak dah panas, saya tengok bebola doh pun dah jadi cantik kembangnya dan senang untuk diangkat dengan tangan. Angkat doh perlahan-lahan, jangan kuat-kuat nanti doh jadi penyet sebab doh ni lembut sangat. Sedangkan pegang pelan-pelan pun dia akan penyet juga, tapi jangan risau sebab bila di dalam kuali nanti doh ni akan kembang balik dan jadi bulat dan cantik je rupa dia.

Small dough balls on floured kitchen table. Defokus in the background. royalty-free stock photo
Dah kembang dia lembut sangat.
Angkat pelan-pelan masa nak masuk ke kuali.


7. Lepas angkat je doh tu dari dulang, terus masukkan dalam kuali. Sekali goreng dalam 5 - 6 biji. Jumlah keseluruhan ada lah dalam 25 biji kot. Tak kira pulak tadi, tapi dapat sepinggan penuh. Goreng hingga jadi warna perang keemasan. Balik-balikkan semasa menggoreng untuk dapatkan gorengan yang sekata warnanya.

Bánh rán being deep fried, Hanoi Old Quarter, Vietnam royalty-free stock photo
Kuali dia besar, boleh goreng sekali banyak.
Kuali saya kecil, sekali goreng 5-6 biji je.


8. Kumpulkan semua donat yang dah siap digoreng ke dalam satu bekas yang sama. Tunggu sampai semua siap digoreng, kemudian baru taburkan gula dan goncang-goncangkan/golekkan donat agar terbalut dengan gula sama rata semuanya.

Donuts royalty-free stock photo
Kumpulkan semua sekali dalam satu bekas
dan gaulkan dengan gula.

9. Dah siap gaul dengan gula, bolehlah diletak dalam pinggan hidangan dan dihidangkan. Makan panas-panas memang sodap! Tapi disebabkan bulan puasa anak bujang saya jelah yang makan masa baru diangkat tadi. Punyalah sedap tengok dia makan! Berbunga betul hati eden ni tengok anak eden yang comel ni makan dengan cukup berselera. Bukan main banyak dia makan... memang mengidam betul nih! Hahaha...

japanese sugar round royalty-free stock photo
Beginilah rupa dia bila dah siap.

P.S. Yang sedihnya gambar tak sempat ambil tadi sebab tak teringat pun nak letak dalam post... baki donat pun takde sebab semua dah licin lepas buka puasa tadi saya, cik suami pun tumpang ngap sekali. Habis semuanya tak dapat nak upload... Jadi saya guna gambar ehsan iStock je kat sini. Tapi jangan risau resepi ni memang resepi original dari saya, dan baru je saya cuba tadi dan confirm menjadi. Memang gebu-gebas, tapi kena ikut tips saya ni betul-betul ya.

Oklah rasanya itu saja buat kali ini, semoga anda yang ingin mencuba resepi donat paling gebu ini akan berjaya membuatnya juga. Amin...

Wassalam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Cara Kekal Langsing Dalam Bulan Raya

Salam semua... Raya makin menjelang tiba. Semakin banyak benda yang ada dalam fikiran saya untuk dibuat. Tapi, entah larat nak siapkan sem...