Nuffnang

Selasa, 29 Mei 2018

9 Khasiat Barli Untuk Wanita

Assalamualaikum semua...

Pagi tadi saya merebus barli untuk diberi pada anak kecil saya. Saya beri dia sikit-sikit sebab dia tak berapa suka minum air barli. Tapi, saya paksa juga dia minum disebabkan khasiatnya yang cukup banyak dan sangat baik untuk kesihatan. Tujuan saya beri anak saya minum ni pun sebab suhu badannya agak tinggi sejak kebelakangan ini disebabkan cuaca yang panas dan dia pula tak banyak minum air kosong. Jadi, sebagai ikhtiar, air barli lah yang saya gunakan. Alhamdulillah menjelang petang ini nampaknya badannya dah kembali normal macam biasa dan bibirnya pun taklah merah sangat disebabkan panas dan kekeringan tu. 

Asian Chinese little girl drinking beverage royalty-free stock photo
Gambar ehsan iStock... minum banyak-banyak ye sayang...

Walaupun anak saya tak berapa gemarkan barli, saya pula hantu barli sebenarnya. Saya memang suka sangat meminumnya, cuma menyediakannya aja yang agak malas. Namun sejak saya mendapat tahu tentang betapa banyaknya khasiat yang terkandung dalam bijirin ini, saya rasa bersemangat nak rebus. Tak kiralah hari-hari pun takpe janji kesihatan terjaga. Bila minum ni pun rasa mata segar dan lebih bertenaga walaupun tengah berpuasa. 

Bagi yang bukan peminat barli, mungkin anda patut pujuk diri agar suka juga. Tak banyak, dapat minum sikit pun jadilah. Elok dijadikan rutin harian sebab bijirin ini memang sungguh bermanfaat untuk badan kita. Yang sakit boleh disembuhkan, dengan izin Allah, dan yang sihat akan bertambah cergas dan bertenaga, Insyaallah.

barley drink royalty-free stock photo
Bagus minum barli ni...

Oklah, oceh-oceh banyak pun buang masa aja kan. Rasanya baik saya kongsikan terus di sini apakah khasiat barli untuk wanita terutamanya kerana saya seorang wanita, dan juga untuk lelaki dan kanak-kanak, amnya.

1. Meningkatkan Kesihatan Usus

Barli adalah sejenis bijirin yang jauh berbeza daripada bijirin jenis lain. Walaupun bentuknya seakan-akan nasi dan rasanya juga menyerupai nasi, namun khasiatnya jauh lebih banyak. Jika anda belum tahu lagi, barli mempunyai zat-zat penting seperti kedua-dua jenis serat mudah larut dan tak mudah larut, protein, karbohidrat kompleks, vitamin C dan mineral. Serat yang terkandung di dalamnya adalah bermanfaat terutamanya untuk kesihatan usus. Ia boleh melancarkan proses pembuangan najis, menjadikan usus sihat dan berfungsi dengan elok.

young woman who makes a heart shape by hands on her stomach. royalty-free stock photo
Minum barli, usus pun sihat...

2. Merawat Diabetes Tahap 2

Di dalam barli ada beta-glucan. Beta-glucan ni terkandung di dalam serat mudah larut. Biasanya serat jenis ini boleh dijumpai di dalam isi rong. Barli yang mempunyai bentuk fizikal yang macam 'wax' adalah paling tinggi kandungan beta-glucan padanya. Beta-glucan inilah yang amat mujarab dalam membantu pesakit diabetes tahap 2 dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka. Ini kerana tahap glukosa dan lemak di dalam badan boleh ditingkatkan dengan berkesan dan ini membantu pesakit mendapat tenaga dan menjalani hidup yang lebih berkualiti.

good and healty concept royalty-free stock photo
Nak tahap gula stabil, minum barli selalu.


3. Melawan Barah dan Sakit Jantung

Bahan yang bertanggungjawab untuk melawan sel kanser dan mencegah sakit jantung di dalam barli adalah tokotrienol dan tokoferol. Kedua-dua bahan ini adalah minyak sebenarnya, dan ia adalah sejenis anti-oksida yang semulajadi. Ia mampu meneutralkan radikal bebas, oleh itu boleh melawan sel barah serta mengelakkan serangan jantung. 

Medicine doctor holding red heart shape in hand and icon medical network connection with modern virtual screen interface, medical technology network concept royalty-free stock photo
Jantung mesti kuat...


4. Menyembuhkan Luka Akibat Melecur

Orang dulu-dulu ada yang menggunakan biji barli yang ditumbuk lalu dicampur air sedikit, dikepal-kepal dan ditepek pada luka melecur. Jika anda ingin merawat sendiri luka melecur di rumah pun boleh. Mudah saja membuatnya dan luka itu akan terasa sejuk dan nyaman saja apabila dibubuh barli, dan ia akan kering dengan lebih cepat. Yang bagusnya, kulit yang sudah sembuh nanti akan mudah hilang parutnya kerana barli juga mempunyai kemampuan dalam menghilangkan parut. Ia juga boleh mencantikkan kulit. 

Burns on forearm skin royalty-free stock photo
Aduh... sakitnya.


5. Ubat Kurus

Haa... ini adalah berita gembira untuk anda yang ingin tampil kurus tanpa perlu berbelanja mahal. Minum saja barli setiap hari dan anda akan lebih senang kurus. Sebabnya? Barli boleh membuat anda berasa kenyang walaupun anda makan sedikit saja. Lagi satu, jika anda menghidap gastrik, insyaallah gastrik itu juga akan terkawal dan perut anda tak akan mudah masuk angin, senak dan sakit. Bila anda makan sikit dan rasa kenyang, perut pula tak meragam, memang senanglah nak kurus.

Athletic young woman with cup royalty-free stock photo
Pekena barli panas, lagi cepat kurus.


6. Pengubat Darah Tinggi

Jika anda menghidap darah tinggi, amalkanlah minum barli ini setiap hari. Ia tak akan menyebabkan diabetes, jadi anda boleh minum seberapa kerap yang anda mahu. Jika minum barli ini anda jadikan amalan harian, insyaallah tekanan darah anda boleh turun dan tak mustahil jika ia kembali ke tahap terkawal bahkan ke tahap normal. Lagi satu yang bestnya, barli juga ada bahan power yang mampu mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam darah. Kolesterol inilah yang menyebabkan macam-macam penyakit datang melanda. Nasib baiklah ada barli yang anda boleh minum untuk mengurangkannya jadi tak dapatlah kolesterol tu buat jahat banyak-banyak lagi dalam badan kan? Bila kolesterol dah rendah, secara tak langsung risiko anda untuk kena serangan jantung pun berkurangan.

Measuring blood measuring royalty-free stock photo
Dah kembali normal... lega.


7. Awet Muda

Sesiapa yang nak nampak muda jelita dan kulit yang tegang, mulus dan halus, jangan lupa minum barli tiap-tiap hari. Sebabnya ialah barll, seperti yang saya cakap tadi, adalah antioksida semulajadi. Ia berupaya menyingkirkan toksin daripada badan anda, dan ini menjadikan badan anda bersih, segar dan secara tak langsungnya anda akan rasa lebih sihat, bertenaga dan tampil lebih muda. Satu lagi bahan yang terdapat dalam barli ialah selenium. Selenium ni ialah bahan yang berupaya mengekalkan tahap ketegangan dan keanjalan kulit; dan ia juga mampu merawat bahagian dalaman badan dan meningkatkan fungsi organ-organ kita.

Mirror, mirror, on the wall… royalty-free stock photo
Wah... garis halus dah hilang!


8. Menggalakkan Pertumbuhan Rambut Yang Sihat

Saya memang mengalami masalah rambut gugur yang agak teruk. Setiap kali masa bersyampu saya dapati rambut memang gugur dan nampak jelas masa ia jatuh ke lantai dan bergerak ke lubang lantai bilik air dibawa air mandi. Sedih rasanya melihat begitu banyak rambut saya yang gugur setiap hari. Tapi mujurlah masalah saya belum sampai ke tahap kebotakan, mudah-mudahan dijauhi Allah, Amin... Memandangkan sekarang saya sudah mula mengamalkan minum barli setiap hari, diharap masalah rambut gugur saya akan berkurangan. Dikatakan dalam barli ada banyak mineral dan vitamin yang rambut perlukan untuk tumbuh dengan sihat. Jadi, harap-harap akar rambut saya yang dah rosak akan dapat dipulihkan dan sihat semula macam biasa. Dengan itu, anak rambut baru akan dapat tumbuh dan jika ini terjadi, syukurnya ya Allah...

Healthy strong long hair royalty-free stock photo
Bestnya kalau rambut lebat begini...

9. Merawat Kencing Kotor

Ada satu masalah yang sering melanda kita kaum wanita iaitu kencing kotor. Puncanya saya tak pasti tapi rasanya ada kaitan dengan jangkitan kuman kot. Ramai juga yang mengalaminya semasa mengandung. Kalau terkena sakit ni memang tak selesa dibuatnya. Dikatakan barli boleh mengubat kencing kotor, jadi apa kata kita cuba minum barli untuk masalah yang satu ini kan? Tak salah mencuba, lagipun nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun pernah diriwayatkan menggunakan barli untuk merawat penyakit. Penyakit apa tu saya tak pasti pulak tapi baginda pernah menggunakannya. Jika nabi pun percaya dengan khasiat barli, kenapa tidak kita, kan? Mohlah kita ramai-ramai pakat minum hari-hari. Semoga asbab semua penyakit kita sembuh dan kita dapat kembali sihat seperti sediakala. Amin ya rabbal alamin!


Woman with hands holding her crotch royalty-free stock photo
Moga masalah ini dapat kita elak...


Nampaknya sampai di sini dulu ocehan saya... semoga dengan meminum barli secara kerap kita akan dapat manfaat yang sebanyaknya daripada bahan yang kaya dengan zat yang dikurniakan Allah ini... Sekian untuk kali ni... kita jumpa lagi dalam post yang seterusnya...

Salam sayang semua!

High five! royalty-free stock photo
Jumpa lagi nanti!

1 ulasan:

  1. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam

10 Cara Kekal Langsing Dalam Bulan Raya

Salam semua... Raya makin menjelang tiba. Semakin banyak benda yang ada dalam fikiran saya untuk dibuat. Tapi, entah larat nak siapkan sem...