Nuffnang

Sabtu, 9 Jun 2018

10 Hidangan Raya Paling Best

Salam semua...

Sedar tak sedar tinggal 5 hari saja sebelum kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Begitu cepat masa berlalu, kan?

Apa-apa pun, persiapan untuk hari raya pastinya dibuat oleh semua. Kalau tak banyak pun, sikit mesti ada. Ini termasuklah hidangan raya. Bercakap tentang ini, apa agaknya hidangan raya paling best bagi anda, ya? Jom kita tengok apa yang menjadi pilihan hati saya untuk raya kali ini.

1. Ketupat Nasi

Ini memang dah menjadi perkara wajib untuk setiap tahun apabila menyambut hari raya. Kalau tak ada ketupat nasi ni, rasa tak lengkap pula jadinya. Kami sekeluarga memilih untuk memasak ketupat sendiri di rumah. Kami jerang satu periuk besar berisi air, dan masak ketupat itu sampai betul-betul jadi. Ketupat segera cepat siapnya, tapi yang tradisional ni terpaksa tunggu lama sikit baru elok kembangnya. Tapi, ia lebih sedap. Itu pendapat sayalah.

Malaysian dish Rendang Ayam or dry curry chicken and Ketupat Nasi (Rice Dumpling). royalty-free stock photo
Sedapnya ketupat nasi ni...


2. Rendang Daging

Oleh kerana saya tak boleh sangat makan ayam, maka rendang daging adalah menu wajib yang kami akan sediakan untuk hidangan di pagi raya. Rendang daging ni pun sebenarnya lebih mudah disediakan sebab ia tiada tulang. Cuma potong-potong daging lembu berbentuk kiub dan rendidihkan di dalam pes rendang sampai empuk. Kami suka kalau rendang ni tak pedas sebab anak pun boleh makan dengan banyak. Cili api memang kami tak gunakan.

Beef rendang, indonesian food royalty-free stock photo
Yummy... sungguh menyelerakan.


3. Lemang

Lemang ni walaupun saya suka memakannya, menyediakannya agak leceh. Jadi, setiap tahun cik suami akan dikerah untuk membelinya daripada pembekal lemang yang ada di tempat kami ini. Ada masanya kami tempah awal sebab takut kempunan bila semuanya habis dibeli orang. Tapi ada juga masa-masa tertentu di mana cik suami terlupa nak menempah dan kami bernasib baik sebab masih ada lemang yang belum terjual. Dapatlah kami beli secukupnya untuk keluarga kami dan keluarga sebelah mak ayah serta mertua saya.

'Lemang' in a hollowed bamboo stick royalty-free stock photo
Sedap... tapi lebih senang beli
daripada buat sendiri.


4. Rendang Ayam

Haa... rendang ini adalah kegemaran anak saya. Dia memang suka makan ayam, jadi kami memang tak pernah miss membuatnya setiap tahun. Disebabkan dia tak pandai makan pedas, kami tak letak cili langsung. Untuk buat dia rasa ala-ala pedas sikit tu, kami bubuh lada hitam saja. Cukuplah kan. Janji sedap.

Malaysian dish Rendang Ayam or dry curry chicken and Ketupat Nasi (Rice Dumpling) over wooden background royalty-free stock photo
Kecur air liur dibuatnya...


5. Kek Cawan Vanila

Anak saya tak boleh sangat makan coklat walaupun itu adalah kegemaran nombor satu dia. Nasib baiklah dia pandai dan faham dengan situasi ini. Sebagai ganti, saya selalu buatkan dia kek cawan vanila, dan dia suka sangat. Untuk hari raya pun, kek cawan ni mesti ada. Kalau tak ada, rasa tak lengkap rasanya meja hidangan di pagi raya.

cupcakes royalty-free stock photo
Sempoi je tapi sedapnya lahai...


6. Kuah Lodeh

Kuah lodeh ni agak istimewa sebab semua ramuannya saya goreng dulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Maksud saya, fish ball, chicken ball, tahu, tempeh, dan segala yang kering tu saya goreng dulu. Sayur kacang, karot dan lain-lain tu, taklah saya tumis. Kuahnya pun saya sengaja buat pekat sikit supaya lebih lemak. Lagipun bukan selalu hidangan ni saya buat. Boleh dikatakan, ini memang hidangan untuk hari raya je. Kalau hari lain tu, kami beli je kat kedai. Hehe.

Nonya Sayur Lodeh Vegetable Soup Dish Closeup royalty-free stock photo
Mak ai... terasa lapar la pulak.


7. Kuah Kacang

Kuah kacang ni sebenarnya ada masa saya buat, ada masa saya tak buat. Entah kenapa, walaupun saya suka makan kuah ni, terasa macam leceh sangat nak membuatnya. Jadi, kalau saya ada masa dan tak penat, barulah saya buat kuah ni. Tapi, kalau kebetulan di tahun tu kami ada buat sate sendiri, kuah kacang memang mesti ada. Ramai saudara kami yang cakap kuah kacang yang saya buat tu sedap, dan ada seorang mak cik tu cakap, dia sebenarnya tak suka kuah kacang tapi lepas makan yang saya buat tu terus dia suka. Alhamdulillah orang suka, kan.

Malay chicken satay royalty-free stock photo
Bila ada sate, mesti ada kuah kacang.


8. Tat Jem Nenas

Dulu-dulu saya selalu buat tat jem nenas ni sendiri. Tapi semenjak dah ada anak ni, agak susah nak menyediakannya sebab tat yang saya buat ni yang jenis kena bentuk sebiji-sebiji. Jadi, daripada tak ada, lebih baik saya beli aja. Bila dah beli tu, tak kisahlah jenis yang mana. Kadang tu saya beli yang tat gulung, ada masa tu yang bentuk landak. Janji tepungnya lembut dan cair di mulut masa makan. Itu yang penting.

Fresh Pineapple Tarts royalty-free stock photo
Lembut, gebu dan cair di mulut...


9. Mi Kari

Selalunya hidangan ni saya buat kalau ada tetamu yang nak datang. Masa pagi raya, memang tak adalah. Saya suka buat kuah yang ala-ala Ipoh mali. Letak serai, lengkuas bagai baru sedap. Pada saya, memang best lah kuah gini. Saya buat siap dengan sambalnya sekali. Tahun ni tak tahu lagi nak buat ke tidak. Kalau ada rezeki dan ada tenaga, mungkin buatlah kot. Tapi saya selalu buat untuk open house rumah mak saya je. Sebab kat situ sekali harung orang datang, jadi taklah penat nak menyediakan mi kari berkali-kali. Buat je sekali banyak untuk satu hari, lepas tu tak payah dah.

food on background. royalty-free stock photo
Membangkitkan selera di hari raya.


10. Spaghetti Meat Ball Sauce

Hidangan ni saya suka buat masa dulu-dulu. Sekarang ni mungkin sebab orang pun dah selalu sangat makan, maka ia pun dah tak jadi special sangat dah untuk hidangan raya. Tapi, kalau time dulu-dulu tu, asal raya je mesti buat spaghetti ni dan ramai orang suka makan. Mungkin tahun ni akan buat benda lain tapi tak tahu lagi apa. Nak buat sate pun dah biasa sangat. Entahlah. Tengoklah nanti. Hehe.

Spaghetti and Meatballs royalty-free stock photo
Western style pulak hehe.


Wokehlah sampai di sini dulu ocehan saya. Rasa penat pulak hari ni nak menaip panjang-panjang pun tak berapa nak larat. Walau apa pun, saya ucapkan selamat menunaikan baki puasa Ramadan yang ada beberapa hari lagi ni di samping solat terawih. Dan juga, selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua. Hidangan anda macam mana pula? Apa pun, selamat menyediakannya dan semoga raya anda tahun ini meriah macam dulu-dulu jugak.

Wasalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Cara Kekal Langsing Dalam Bulan Raya

Salam semua... Raya makin menjelang tiba. Semakin banyak benda yang ada dalam fikiran saya untuk dibuat. Tapi, entah larat nak siapkan sem...