Nuffnang

Rabu, 23 Mei 2018

4 Tips Confirm Jadi Untuk Berfesyen Di Hari Raya

Assalamualaikum semua...

Ada sesiapa yang tengah cari tips berfesyen di hari raya tak? 

Puasa sudah dekat seminggu... tapi yang untungnya tak terasa sangat sebab kebanyakan hari asyik mendung dan hujan saja. Jadi, tak terasa haus pun. Cuma letih tu biasalah, dengan macam-macam kerja yang nak dibuat sedikit sebanyak terasa jugaklah.

Mukadimah hari ini takde apa sangat, cuma santai saja dan memandangkan kita akan berhari raya tak lama lagi, tak salah kot kalau kita bersedia dari sekarang dari segi pakaian terutamanya. Ramai orang sekarang sebenarnya belum puasa lagi baju dah siap pun. Tapi macam saya ni, suka last minute. Itulah, selalunya bila dah mula puasa baru terasa ada mood untuk persediaan hari raya. So bagi mereka yang sama macam saya, mungkin akan dapat sedikit maklumat berguna dengan apa yang bakal saya kongsikan di bawah.

Bagi yang suka dressing ala-ala moden tu, zaman sekarang ni ramai yang tak kisah sangat sama ada kita pakai baju kurung pesak ataupun kurung mini bahkan jubah sekalipun... Dress yang ala-ala evening gown tapi yang menutup aurat, sopan namun gorgeous juga semakin mendapat tempat di hati para wanita. Jadi, nah... pilihan di tangan anda. Tak kisahlah apa pun janji sedap mata memandang, hati puas dan mampu dimiliki.

Pilihan peribadi saya ialah... saya suka nampak lawa.. cewah tentulah kan. Dan kalau boleh nampak lebih menyerlah daripada hari-hari biasa. Dalam hati ada juga berharap "Kalaulah nampak macam model, alangkah bestnya". Hahaha. Memang tak adolah. Eh, yeke. Kalau kita berusaha untuk nampak cantik, mana tahu, kan? Kalau tak seiras dengan Cik Siti Wan Kembang pun sekurang-kurangnya berserilah jugak di pagi raya, ya tak?

Mohlah apa lagi ditunggu. Di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk anda nampak anggun dan bergaya di pagi raya. Kalau anda suka, ikutlah... kalau tak, jangan... ini pilihan peribadi ok... saya tak paksa sesiapa pun hehehe.

Orait. Sila baca di bawah ya.

1. Gabungkan Keselesaan dan Gaya

Biasalah bila kita mencuba baju di kedai, kita takkan terus beli baju pertama yang kita nampak. Kita akan try dan try sampai lenjan, terutama kalau memang seharian tu kita dah peruntukkan sebagai hari membeli-belah. Memang resamlah, ada baju yang lawa, tapi sempit pulak. Ada yang cantik sekali pandang, tapi dua tiga kali pandang jahitannya pula tak kemas. Terpaksa reject. Kemudian, kita nak kena juga padankan dengan kasut. Ada kasut yang nampak bergaya sangat, tapi tingginya ya ampun. Nak berjalan pun siksa. Ada kasut yang cun melecun, tapi kecil satu saiz, jadi bila pakai kaki pun sendat dan sakit. Jika berlaku percanggahan macam ini, tak kiralah betapa cantik pun baju dan kasut yang sudah ada di tangan, kalau boleh pilihlah yang selesa dan bergaya. Tak guna kalau cantik saja, tapi badan merana memakainya. Kalau kedua-dua elemen ini digabungkan, tentu anda dapat bawa diri dengan anggun di pagi raya. Tak caya, cubalah. Confirm nampak dan rasa kelas gitu.
Hijab, Headscarf, Headdress, Scarf
Selesa dan bergaya... ayu!

2. Buat Suai Padan

Jika anda ditakdirkan tiada bajet ataupun membeli-belah pada saat-saat akhir sangat hinggakan dah takde baju lagi yang tinggal di kedai, nampaknya terpaksalah anda buat sesuatu yang kreatif agar tetap tampil anggun. Ada satu idea masuk akal yang boleh anda buat iaitu suai padankan pakaian yang anda ada di dalam almari baju anda di rumah. Kalau perlu pinjam daripada kawan pun, lantak pilah. Tak apa. Janji pinjam, bukan diam-diam pinjam tanpa pengetahuan, itu dah lain ceritanya nanti. Hehe. Kalau model-model boleh pakai empat lapis baju, kita pun apa salahnya cuba suai padan sedaya upaya... agar nampak cantik. Cubalah pakai segala baju yang ada dalam lemari tu... kain, inner baju, baju luar, tudung... Sekarang pun gaya ada macam-macam jadi senang nak padankan fesyen dengan warna. Warna tak padan pun nampak cantik je.. yalah bak kata orang... colour block tuh...


Woman Muslim Ramadan People Islam Fashion

Suai padan yang ringkas namun bergaya

3. Padanan Carca Marba

Haa... ini untuk orang yang berani mencuba kelainan. Kalau tak berani, jangan dibuat tau. Sebenarnya gaya begini boleh nampak cantik jika pandai menggayakannya. Dan ada sesetengah orang tu, bila pakai gini memang nampak cantik. Apa yang saya maksudkan dengan carca marba di sini ialah memilih baju yang bercorak campuran. Jangan kisah sangat tentang coraknya, dan juga warnanya. Pendek kata, main hentam keromo. Tapi ini percubaan yang amat berani dan berisiko tinggi, hokey. Hahaha. Resepi kejayaan di sini sebenarnya bukanlah kita main sarung je mana-mana baju, itu dah kategori sawan ke hapa. Kita cuba-cubalah dulu, gayakan depan cermin dan buat banyak percubaan. Bila ada yang nampak cantik, yang itulah kita pilih. Betoi dak? Iyelah...


  Muslim, Shopping, Full Girl, Isolated
Carca marba tapi tetap menawan...

4. Potongan Menggoda

Ada ketikanya kita akan menghadapi keadaan di mana kita betul-betul buntu dan tak tahu dah nak pilih gaya yang macam mana. Walaupun tema hari raya memang sepatutnya berciri menutup aurat, sopan, berpotongan ala-ala kemelayuan, tapi kekadang bila kita nakkan kelainan kita akan terfikirkan benda yang bukan-bukan. Bukan-bukan tu maksud saya ialah di luar kebiasaan... Kalau dah buntu sangat tu, cuba kita beralih arah dan pilih gaya yang menggoda. Hah? Menggoda? Biar betul! Terbeliak mata mak mentua dibuatnya nanti! Apa dah buang tebiat ke menantu aku pagi-pagi raya ni? Hahaha. Menggoda pun biarlah ada batasan laling oi... Kita orang Melayu ni kalau cakap tentang fesyen menggoda tu taklah bermaksud dedah sana dedah sini. Cukuplah dengan potongan yang nampak menarik, lain dari kebiasaan dan yang penting, masih sopan dan menutup aurat. Potongan menggoda juga boleh diperolehi apabila kita pandai pilih baju yang buat bentuk badan kita nampak cantik. Baju tak semestinya sendat baru nampak lawa tau. Maksud saya cutting baju tertentu akan dapat buat kita nampak tinggi dan langsing walaupun sebenarnya taklah tinggi dan langsing sangat. Haa... gitulah gamaknya.


pretty girl on a beach wearing traditional muslim costume royalty-free stock photo

Menggoda habis ni... hahaha.

Nampaknya itu sajalah tips yang saya ada untuk dikongsikan kali ini. Ada rezeki nanti kita sharing banyak lagi tips... walaupun tak seberapa tapi diharapkan ada juga yang dapat manfaat daripada ocehan saya ni... tak sikit, banyak. Eh-eh, silap pulak. Tak sikit, banyak. Eh-eh silap lagi. Tak banyak, sikiiit.... Hahaha.

Oklah. Sekian dulu.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Cara Kekal Langsing Dalam Bulan Raya

Salam semua... Raya makin menjelang tiba. Semakin banyak benda yang ada dalam fikiran saya untuk dibuat. Tapi, entah larat nak siapkan sem...