Nuffnang

Khamis, 24 Mei 2018

7 Cara Bagaimana Nak Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum...


Bagaimana nak hilangkan jerawat? 

Aduh... raya tinggal lagi tiga minggu... tapi tetiba pulak muka ditumbuhi jerawat. Risaulah pulak nanti pagi raya bercapuk-capuk muka dengan kacang sebiji di dahi, sebiji di tepi hidung, sebiji di bawah dagu... alahai...!

Apa-apa pun, jangan panik dulu. Sebabnya, kalau panik bukannya boleh hilang jerawat tu, kan? Maka lebih baiklah kita bertenang dan fikirkan apa penyebab jerawat kita tu tumbuh. Di sini saya ada beberapa cadangan yang mungkin boleh membantu. Anda tengoklah yang mana satu ya.

1. Penimbunan Sel Mati

Kulit kita ni bila dah mati dia takkan tergelupas begitu saja, malah dia akan menimbun hinggalah kita buat sesuatu untuk buang dia. Jadi, bila dah banyak sangat kulit mati, dia tersepit dalam sebum dan menghalang liang roma di muka kita. Inilah yang menyebabkan jerawat tumbuh.

young woman squeeze her acne in front of the mirror royalty-free stock photo

Jerawat ni... tak syok betul!


2. Faktor Keturunan

Apa nak buat. Dah keturunan ekau berjerawat, dari onyang sampai nenek sampai mak ekau... tentulah kau pun mewarisi jerawat ni tak sikit, banyak. Eh silap lagi. Tak banyak, sikit. Ish.. iye ke? Hehehe jangan marah ya.. gurau je. Sebenarnya faktor keturunan memang ada menyumbang pada tumbuhnya jerawat dengan kerap di muka kita. Keadaan genetik tertentu menyebabkan sebum terbentuk dengan berlebihan di muka, dan menyebabkan tumbuhnya jerawat dengan kerap walaupun hakikatnya kita sentiasa menjaga kebersihan. Jangan sedih, jika begini jadinya... pergilah berjumpa doktor pakar kulit. Insyaallah ada penyelesaiannya.

scar from acne on face royalty-free stock photo

Dah berzaman jerawat aku ni...



3. Jerawat Remaja

Kalau anak dara kita ada jerawat tu.. itulah yang dinamakan jerawat remaja. Fenomena ni sering berlaku semasa anak-anak kita mengalami proses cukup umur atau kematangan. Yang perempuan masa tubuhnya mula berubah jadi wanita, dan lelaki pula masa suaranya mula berubah macam lelaki dewasa. Proses ni menyebabkan sebum banyak terbentuk dan menyebabkan keluarnya jerawat.

Problem skin royalty-free stock photo

Jerawatku sebesar kacang... huhu



4. Faktor Hormon

Ini mesti sebab banyak berangan ni! Hahaha. Tak jugalah sebenarnya. Hakikatnya jerawat jenis ini selalu menyerang orang dewasa disebabkan hormon yang tak seimbang dalam badan. Penyebab utama hormon jadi kucar-kacir ialah semasa wanita dalam proses putus haid dan ketika tubuh mengalami sindrom awal haid. Kalau terasa marah-marah dan serba tak kena tu, dan haid pun dah dekat.. jaga-jagalah.. mungkin simptom ini akan disusuli dengan kemunculan pak jerawat.

Disappointed girl looking at camera royalty-free stock photo

Sebab hormonlah aku jadi begini... sob.

5. Pembiakan Bakteria

Bila sebum dah banyak terkumpul dalam liang roma, bakteria pun akan ikut sekali terkumpul di situ. Bila bakteria dah banyak, dia pun buat parti agogo lah kat situ. Bila ini berlaku, jerawat batu pun boleh tumbuh. Jadi, rajin-rajinlah cuci muka dengan anti-bakterial facial wash kalau muka anda ada kecenderungan untuk tumbuh jerawat begini. Jangan dibiar tau, sebab nanti boleh jadi keradangan, teruk pulak nanti.

beauty girl of half latina and half asian who checks her skin, skin care, acne treatment royalty-free stock photo

Itulah... malas lagi cuci muka.

6. Alahan Pada Produk Tenusu

Ya, betul. Ada orang alahan pada produk tenusu macam keju, dadih, susu dan yang seangkatan dengannya. Jadi, anda perhatikanlah diri sendiri dan ambil tahu sama ada jerawat akan tumbuh bila saja anda makan produk tenusu. Telur pun kekadang boleh jadi penyebabnya, begitu juga marjerin dan mentega.

Dairy products shot on rustic wooden table royalty-free stock photo

Makan biar berpada...

7. Suka Makanan Berminyak

Yang ini tak dapeklah nak nolong kalau gemar sangat makan tak berpantang langsung... suka hati ekaulah kan. Itulah, apa yang kita makan ni, eloknya semuanya biarlah berpada. Biar sederhana. Kepada anda yang memang tak boleh sangat makan makanan berminyak, tak apa. Kita beruntung hidup di zaman sekarang ni sebab dah ada banyak peralatan memasak yang boleh menggoreng tanpa minyak. Rasanya tetap lazat dan penuh berkhasiat. Jadi, tak perlu risaulah.

Fried Chicken royalty-free stock photo

Terpaksa kurangkan makan ni...

Dah cerita pasal penyebab jerawat, sekarang tentulah kita nak tau apa yang boleh buat jerawat tu terencat, kan? Takkan nak dibiar jerawat tu bermaharajalela, kan? Tak shanteklah, kata orang sekarang. Disebabkan itu, apa lagi kan... jomlah kita baca seterusnya apa yang elok dipakai untuk mengubat kulit kita yang berjerawat nih...

1. Ubat Gigi

Haa... tu dia. Ubat gigi? Boleh caya ke ni? Daripada banyak-banyak ubat, ubat gigi yang dipilihnya. Betul ke berkesan? Nak tau berkesan ke tak, kena cubalah kan. Untuk saya, saya selalu pakai ubat gigi bila ada jerawat batu. Letak je secolet kat tempat yang membenjol tu dan biarkan semalaman. Tapi sebelum tu pastikan muka dah disental dengan facial scrub dulu. Orang cakap facial scrub tak elok untuk jerawat, sebab nanti dia tumbuh lagi banyak. Tapi lain orang lain keadaan dia, ya tak. Muka saya ni pelik sikit, kena sental dengan facial scrub lebih elok daripada tak sental. Oh ya... ubat gigi tu saya gunakan yang warna putih tu, bukan yang jenis gel. Saya pakai jenama Lion, White & Fresh ke apa ntah... lupa pulak sebab saya ni memang bukan jenis yang ambil pot sangat dengan nama atau jenama produk. Bukan sebab tak prihatin, tapi sebab dah tua, jadi pelupa la.. apa lagi.. hahaha.

Dentist working in her office royalty-free stock photo

Ubat gigi warna putih tau...

2. Minyak Essential Daun Pudina

Minyak essential ni ada dijual di Lazada kalau tak silap saya. Juga ada di kedai yang menjual minyak aromaterapi. Jadi kalau anda nampak kedai-kedai begini, mungkin bolehlah singgah dan tanya tukang jaga kedai tu sama ada depa ada menjual minyak essential daun pudina. Cara menggunakannya senang je. Titikkan beberapa titis minyak dan campurkan dengan sesudu teh minyak Vitamin E. Bersihkan muka, lap kering dan oles bancuhan minyak ni ke kawasan yang terjejas a.k.a. kulit yang berjerawat. Biarkan beberapa jam, dan oles lagi bila terasa kulit tu kering. Sebelum tidur, saya lebih suka cuci dulu muka agar minyak tu tak terbiar semalaman. Ditakuti tumbuh pulak jerawat baru sebab muka saya jenis berminyak, bila malam berpeluh dan ada pulak lebihan minyak di muka, karang tumbuh jerawat baru tak ke haru...

Essential oil of peppermint in dark bottles, fresh green mint on white wooden background, selective focus royalty-free stock photo

Minyak essential daun pudina

3. Minyak Essential Lavender

Minyak ni kalau digunakan, tak payah dicairkan pun tak apa. Terus je titikkan pada hujung jari dan sapu pada jerawat yang tumbuh. Biarkan aje hingga beberapa jam dan bilas muka atau cuci dengan facial wash sebelum tidur. Lavender ni bagusnya sebab dia ada bahan anti-kulat. Jadi, dia boleh membantu mengecutkan jerawat dengan lebih cepat. Kalau nak letak pada bahagian badan yang lain pun boleh jugak. Kadang-kadang di belakang badan kita ada ruam kecil, bolehlah disapu dengan minyak lavender ni. 

woman scratching her itchy back with allergy rash royalty-free stock photo

Sembuhkan ruam belakang badan.

4. Minyak Essential Lemon

Minyak lemon ni pun lebih kurang sama je cara penggunaannya. Sesetengah orang lebih suka gunakan cotton buds atau cotton ball untuk dab minyak pada jerawat. Tapi, saya lebih suka sapu dengan jari sebab lebih cepat dan rasa macam lebih berkesan kot cara begini. Terpulanglah pada pilihan masing-masing, kan. Minyak ni pun tak perlu dicairkan. Terus aje sapu pada jerawat yang durjana itu. Kalau anda nak pakai masa hari siang pun boleh. Terutama kalau kita kerja dalam aircond, tak berpeluh. Oh ya, lupa nak bagitau. Ada sesetengah orang yang kulitnya alah pada lemon, jadi minyak lemon pun ditakuti alah juga. Kalau tak pasti, cuba sapu dulu pada kulit yang sihat di tangan ke... kaki ke... dan biarkan sejam dua. Kalau tak gatal atau tumbuh ruam di kulit tu, maknanya kulit anda tak alah pada minyak lemon. Dah pasti betul, barulah disapu pada kulit yang berjerawat tu.

Massage oil bottles with lemons and olive branch royalty-free stock photo

Semoga asbab...

5. Minyak Tea Tree

Cara menggunakannya, anda campurkan setitik dua minyak essential tea tree dengan satu sudu teh minyak zaitun ataupun minyak jojoba. Kemudian, barulah disapu pada tempat yang berjerawat. Minyak ni saya dapati sesuai untuk kecutkan jerawat di dahi, pipi, dagu dan atas bibir. Ia kaya dengan bahan anti-kulat dan bagus untuk hilangkan jerawat yang besar. Jerawat bernanah pun boleh dikecutkan dengan minyak ni. Pakailah untuk beberapa hari hingga hilang semua jerawat. 

Essence of pine on table in beautiful glass jar royalty-free stock photo

Kaya dengan antikulat ni...

6. Minyak Biji Anggur

Cara pemakaian pun lebih kurang sama. Tak perlu dicairkan, hanya sapu terus pada jerawat. Sebaiknya kulit yang terjejas tu diurut sikit dengan minyak ni agar ia menyerap masuk dengan jayanya. Selepas beberapa hari, tengoklah hasilnya. Minyak biji anggur bagus sebab ia ada polifenol. Polifenol adalah bahan anti-kulat yang kuat dan ia mampu mengekalkan tahap kesihatan kulit yang optimum. Kulit yang keradangan pun boleh dirawat dengan minyak ni.

Cold Pressed Grapeseed Oil royalty-free stock photo

Kekalkan kesihatan kulit anda...

7. Minyak Primrose

Jangan ingat minyak primrose (evening primrose oil) hanya untuk hilangkan PMS aje tau. Ia juga elok untuk sembuhkan jerawat. Kalau anda ada memakan supplement ni, ambil je satu kapsul dan tebuk lubang dengan hujung jarum peniti. Tadahlah ke dalam bekas kecil dan kemudian colet dengan jari dan sapukan pada tempat berjerawat. Lepas beberapa jam, cucilah muka dengan facial wash agar lebihan minyak tak mengundang jerawat yang baru pula.

Evening primrose oil in a glass bowl royalty-free stock photo
Bukan hanya untuk PMS...

Semoga anda dapat manfaat daripada pos kali ini. Raya tahun ni kalau boleh saya nak muka saya takde jerawat langsung. Walau apa pun, kita hanya mampu berusaha dan Allah jua yang menentukan segalanya. Kalau ada gak jerawat tumbuh di pagi raya, toksah frust sangat. Anggap je ia pemanis wajah. Shantek gitu.

Oklah ya. Kita sambung di lain kali.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Cara Kekal Langsing Dalam Bulan Raya

Salam semua... Raya makin menjelang tiba. Semakin banyak benda yang ada dalam fikiran saya untuk dibuat. Tapi, entah larat nak siapkan sem...