Salam semua,
Bagaimana nak kurus dalam masa tiga minggu?
Nak kurus punya pasal... perlukah ikat perut?
Hmm... raya lagi tiga minggu je lagi. Harap-harap dapatlah kurangkan sikit berat badan ni. Bukan apa... naklah juga nampak cantik sikit, slim sikit di pagi raya, kan? Tapi, perlukah berlapar untuk menurunkan berat badan?
Sebenarnya, tak perlu pun. Walaupun anda nak turunkan berat badan dalam kadar segera, berlapar bukanlah satu pilihan yang bagus untuk dipertimbangkan. Ada banyak cara sihat yang lain yang boleh membantu anda mengurangkan lemak yang terkumpul tu, jadi jomlah kita baca seterusnya ya.
Tapi, sebelum apa-apa... saya nak kongsikan satu tips yang boleh bantu anda kekalkan berat badan ideal selepas berjaya turunkan berat badan. Pertama sekali, anda patut pelbagaikan pilihan makanan. Yelah... janganlah asyik makan ayam goreng, burger dan makanan berlemak serta bergoreng je tujuh hari seminggu. Makanlah yang seimbang... ada sayur, buah-buahan, serat, kekacang, protein dan karbohidrat dalam kadar yang sepatutnya. Barulah senang nak maintain body weight... tak gitu?
Oklah... sekarang moh kita mulakan dengan langkah-langkah untuk kuruskan badan.
1. Jauhi Makanan Yang Menyebabkan Keradangan
Ubat resdung... sambal belacan.
Jika anda alah terhadap makanan tertentu, mungkin anda tak sedar pun yang makanan tu sebenarnya menyebabkan keradangan di dalam badan. Malangnya, tiada jenis makanan tertentu yang dikenalpasti menyebabkan inflamasi ni. Setiap orang ada tahap toleransi dan alahan yang berbeza. Ada orang alah pada gula, karbohidrat ringkas, produk tenusu dan makanan yang diproses. Ada orang pulak alah pada makanan laut. Pendek kata, anda sendiri kena kenal pasti apakah makanan tu dan bila dah tahu, jangan makan lagi dah. Kalau dah merosak badan buat apa dimakan lagi, kan? Ada banyak makanan lain yang boleh dimakan, jadi rentikan aje yang tak dapat diterima oleh badan anda.
Contohnya kalau tak boleh makan gula, takpe. Stevia kan ada? Guna je stevia. Ramai orang yang kena diabetes pun tak makan gula langsung, tapi makan stevia. Elok je dorang pun. Lebih sihat lagi adalah. Jadi, janganlah sedih jika tak boleh makan sesuatu makanan tu.
Bila badan dah sihat, maka senanglah nak bakar lemak yang dah menimbun tu. Insyaallah target tiga minggu boleh tercapai... maka dapatlah beraya dengan bergaya. Hahaha. Chewah!
Mak aii... boleh telan ke ni...
2. Makan Makanan Segar
Kalau nak kurus kan... lebih elok anda sediakan makanan sendiri yang dimasak oleh tangan anda sendiri. Sebabnya, anda tahu 100% apa bahan yang dimasukkan dalam lauk yang dimasak. Kalau beli je kat kedai, kita tak tahu dia taruk apa kat dalam periuk. Entah apa yang dicampaknya, jangan-jangan serbuk perasa je sesenduk besar untuk satu periuk. Kalau gini gayanya... kurusnya tak... botak kapla juga ada. Tapi, harap anda faham maksud saya. Saya bukan nak kondem orang kedai makan. Apa yang saya tulis ni hanya perumpamaan je. Yelah... supaya anda lebih rajin masak sendiri dan oleh itu dapatlah kurus dengan lebih cepat. Hehehe... jangan marah ye orang restoran. Takde niat pun nak kondem apa2... Gurau je ni...
Cukup serba-serbi...
3. Minum Vegetable Shake
Mungkin anda dah makan secara sihat dan seimbang, tapi yang peliknya bila berdiri atas mesin timbang tu... berat dok sama gak. Tak turun-turun. Haa... bila ini berlaku, maknanya anda kena ada backup plan. Sama ada anda tahu atau tak, ada masanya badan kita perlu melalui proses setting semula. Haa... betul. Setting semula. Apa benda tu?
Ok biar saya jelaskan dengan ayat mudah. Contohnya, anda dah tak makan keju dan mentega lagi. Anda makan protein secukupnya dan makan sayur juga. Tapi... sebenarnya sayur yang kita makan tu masih tak cukup, laling. Kena makan banyak lagi. Dan lagi. Dan lagi.
Cara terbaik ialah dengan memperuntukkan sehari suntuk untuk diet sayur semata-mata. Yang paling senang sekali... buat shake lah. Campurkan segala macam sayur, lepas tu blender sampai jadi shake. Taruklah yogurt sikit dengan stevia untuk penyedap. Lepas tu gogoklah dengan gigihnya. Amalkan diet ni selama 24 jam dan anda akan rasa segar, lebih sihat dan bertenaga. Dengan ini, lebih senang nak bakar lemak-lemak ekstra tu!
Sedapnya...
4. Bersenam Dengan Gembira
Nak kurus pun biarlah kena dengan gaya. Janganlah bersenam macam tiada esok bagimu. Terutamanya kalau melibatkan senaman kardio tu, janganlah melampau sangat. Bawa bertenang! Bila terlalu banyak sangat buat gerakan kardio, sebenarnya ini akan menyebabkan food craving tau! Food craving ni sama macam mengidam! Kita akan terasa nak sangat makan sesuatu yang tak sihat... contohnya donat goreng bersalut krim dan kek keju dengan topping cream cheese. Macam tulah lebih kurang perumpamaannya. Bila dah makan benda-benda ni, ada harapanlah mencanak naik berat badan kita. Kalau dah berjaya turunkan sikit, takpelah jugak. Kalau anda masih belum berjaya turun walaupun sekilo, sekali dah naik pulak... alamatnya menyanyi tak berlagu ler nanti... huhuhu.
Dipendekkan cerita, daripada risau-risau macam mana nak bakar kalori dan kelam-kabut buat senaman kardio, lebih baik anda buat senaman yang menggembirakan. Contohnya, masa tengah buat kerja rumah, contohnya mop lantai ke... anda goyang-goyanglah spare tyre tu... atau buat lompatan ninja masa nak mengelak daripada pijak lantai yang basah. Kan seronok camtu. Sambil tu boleh pasang muzik ataupun alunan ayat Quran pun lagi afdal.
Bila petang tu, pergilah jalan-jalan berdekatan kawasan rumah. Pergi taman permainan ke... jogging ke... yang penting anda mesti berjalan kaki ke tempat yang dituju. Sambil dapat menikmati keindahan alam waktu petang, dapat juga anda keluarkan peluh. Kalau ada jiran yang nak turut serta pun lagi bagus. Adalah kawan buat menyembang. Kan seronok macam tu... Lagipun, berjalan kaki ni boleh tingkatkan tahap metabolisme kita dan kurangkan tahap tekanan perasaan. Jadi, memang lebih senanglah anda nak kurus dalam tiga minggu.
Happy, babe!
Haa... apa macam anda semua. Dah bersemangat tak nak kuruskan badan dalam tiga minggu? Haih... bila lagi nak sambut cabaran ni... sekaranglah masanya. Yang untung kita sendiri juga... time raya nanti nampak kecik molek jer kita.. cuba bayangkan. Comel tak? Comel tak? Comel...
Oklah, nanti kita sambung lagi dengan tips lain yang sama best ya. Selamat berpuasa, berbuka puasa dan berterawih.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan