Assalamualaikum...
Pagi tadi saya ke Tesco sekejap untuk beli Scott's Emulsion perisa oren untuk anak. Sambil tu window shopping sikit-sikit dan survey baju raya. Saya ternampak baju melayu untuk tahun ni yang kualitinya halus, potongannya cantik dan kainnya selesa sangat. Best sangat rasanya dan bercita-cita nak beli lah nanti untuk cik suami. Heheh. Lagipun cik suami tak kisah apa saja yang saya beli dia pasti pakai. Sporting gitu.
Shopping di Tesco Dengan Anak...
Masa berjalan dalam Tesco pula, saya perhatikan tak banyak barang runcit basah. Mungkin stok belum sampai lagi untuk hari ini ataupun depa buat cleaning rack kot. Tu yang banyak rak kosong je. Bahagian ikan dan ayam pun tak banyak. Saya agak malam ni tentu penuh balik rak-rak tu sebab Jumaat malam Sabtu Tesco tutup pukul 1:00 pagi, jadi tentu ramai orang akan datang menyopping dari petang nanti hingga ke malam.
Tengah beli barang tadi tiba-tiba terfikir pula macam mana saya nak pastikan family sihat selalu. Dan balik dari Tesco tadi dan lepas masukkan barang, saya pun Google sekejap dan terjumpa beberapa tips yang pelik untuk kesihatan. Yang bestnya, walaupun pelik tips tu dikatakan berkesan. Jadi apa kata kita tengok di bawah apakah tips itu ya.
1. Jangan Berus Gigi Sejurus Lepas Makan
Dalam setengah jam selepas makan, anda jangan gosok gigi tau. Ini amat penting terutama sekali kalau anda baru lepas makan makanan yang berasid. Contohnya macam buah-buah sitrus - oren, tomato ataupun minuman fizzy. Sebabnya ialah kalau anda terus gosok gigi, tindakan pemberusan itu boleh menyebabkan asid makanan tu menyerang enamel pada gigi, termasuk sekali dengan lapisan yang di bawahnya. Ish... seramnya! Jadi, lebih baik anda tunggu dulu sekejap barulah nak gosok gigi ke hapa.
Tunggu Kejap Baru Gosok Gigi Tau!
2. Kalau Nak Kurus, Bina Otot Lebih Senang
Satu kilo otot sama je beratnya dengan satu kilo lemak dalam badan kita. Tapi, disebabkan otot bentuk fizikalnya lebih padat daripada lemak, maka saiz otot memang lebih kecil daripada lemak. Jadi, kalau anda nak kurus dengan cara yang senang, bina je otot. Tak perlu berdiet dan berlapar. Kalau anda tak percaya, cuba anda buat perbandingan antara dua orang yang berat badannya sama. Seorang tu mestilah yang berotot, dan seorang lagi tu menggeleber lah kot. Cuba suruh yang berotot tu pakai seluar yang ngam-ngam sendat kat punggung dia. Kemudian suruh dia bukak seluar tu dan beri pada orang yang menggeleber tu pakai. Muat ke tidak. Mesti tak muat punya. Kalau muat pun mungkin sebab orang tu semulajadi punggungnya bersaiz kecik tapi lemak dia berkumpul tempat lain.
Bersenam... jangan tak senam...
3. Makan Lebih Kalori Untuk Turunkan Berat Badan
Eh, biar betul? Macam tak caya je kan? Tipulah. Mana boleh makan lebih banyak kalori, tetiba je boleh jadi kurus pulak. Mengarut ni, tak masuk akal! Sebenarnya, kalori yang kita makan tu mestilah sumbernya datang daripada protein dan kekacang. Kalau makan karbohidrat semata-mata, memang tak ada gunanya. Confirm bertambah gomok je la nanti. Cuba anda makan lebih banyak daging, kacang tanah dan keju. Kalori dalam makanan ni banyak, tapi kumpulan makanan ni boleh buat anda cepat kenyang dan kenyang lama. Ini menyebabkan anda tak terasa nak mengunyah-ngunyah kudapan di antara waktu makan. Jadi, dalam masa panjang anda akan dapat makan kurang jumlah kalori dan berjaya jadi kurus.
Nak kurus, makan banyak kalori.
4. Kalau Tengah Panas, Jangan Minum Air Sejuk
Adoyai... dahlah tengah panas terik lepas tu tak dibaginya kita minum air sejuk? Apa nak menyiksa ke ni? Hai... tak faham betul! Hehehe... tak.. bukan begitu. Sebenarnya kalau kita tengah panas dan kita minum pulak air panas, badan kita akan keluarkan lebih banyak peluh. Bila badan berpeluh dengan banyak, dan masa peluh tu nak mengering, badan kita akan rasa sejuk je. Cuba try tengok. Memang berkesan. Malah orang India kat negeri dorang pun, dorang selalu minum teh panas masa cuaca tengah panas berdenting.
Lega Rasanya.
5. Kalau Penat, Buat Senaman
Laa... tengah penat nak buat senaman lagi? Mana larat gini... ish tak naklah! Mungkin inilah yang anda akan cakap kalau orang suruh kita buat gini. Tapi, bersenam sebenarnya akan membolehkan badan kita cas semula sel yang letih tu, dan memberikannya lebih banyak oksigen. Aktiviti fizikal yang membina otot juga boleh menambah baik keberkesanan mitokondria yang mengeluarkan tenaga untuk badan di dalam sel-sel badan kita. Jadi, lain kali kalau letih tu cubalah bawak bersenam.
Adoyai... penatnya.
6. Bekukan Pesakit Yang Diserang Sakit Jantung
Apa? Tak pernah dengar pun pasal ni. Seram pun ada gak ni. Kenapa nak bekukan orang yang tengah sakit? Takkan nak masukkan dia kat dalam peti ais pulak? Sebenarnya, macam ni. Bila seseorang diserang sakit jantung, kemungkinan untuk dia mati mengejut tu memang ada. Tapi, bila kita turunkan suhu badan pesakit hingga ke bawah 32.2 darjah Celsius, iaitu proses yang dipanggil "induced hypothermia", pesakit ada peluang untuk sembuh sepenuhnya. Cara untuk turunkan suhu ialah dengan menyuntik cecair saline yang sejuk ke dalam badan atau baringkan pesakit ke dalam bekas yang berisi ais.
Rendamkan pesakit dalam ni.
7. Tutup Penutup Tandas Masa Mengepam
Sebelum ni saya memang tak suka tutup penutup tandas masa tengah mengepam sebab leceh. Lecehnya sebab nanti air tandas tu akan memercik ke bahagian dalam penutup dan setiap kali mengepam saya nak kena jirus dengan air dulu sebelum tinggalkan tandas. Dah macam membuang masa dan tenaga pula pada saya. Tapi lepas terbaca tips kesihatan ni saya pun mula amalkan.
Penjelasannya macam ni. Kita mesti selalu pam tandas dengan penutupnya ke bawah. Kalau tak, butir air yang memercik dari dalam mangkuk tandas tu akan terapung di udara dan memenuhi seluruh kawasan bilik air. Akhirnya air tu akan mendarat juga disebabkan tarikan graviti. Jadi bila air tu landing, dia akan landing di merata-rata tempat, termasuklah permukaan terbuka macam berus gigi, span mandi dan tuala mandi. Bayangkan titis air tu datang dari mana. Air tu sebenarnya air najis, yang tentunya mengandungi kuman bakteria dan virus. Gelinya, kan? Kalau tak nak berus gigi dengan air tandas, pastikan anda sentiasa tutup lid toilet seat setiap kali masa mengepam.
Jangan buat lagi cam ni hokey...
Wokeh, sekarang pun dah pukul 4:30 petang. Anak saya dah mengantuk... selalu dia memang baring-baring dalam bilik time ni. Waktu rehat dia ni.. jadi kita sambung lain kali pula dengan tips lain yang tak kurang menariknya.
Adios dan Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan