Raya makin menjelang tiba. Semakin banyak benda yang ada dalam fikiran saya untuk dibuat. Tapi, entah larat nak siapkan semua entah tidak. Malam tadi pun saya baru cari baju raya yang kononnya nak sedondon warnanya satu family iaitu hijau pucuk pisang. Masalahnya kami tak beli sekali rap sebab saya macam dah bosan pakai baju yang takde choice sangat fesyennya kalau beli baju siap yang sedondon tu. So tahun ni saya decide nak beli baju melayu anak dulu, dan bila dah tentukan warna baju melayu tu, baru saya fikir nak cari baju untuk saya.
Budak ni pakai merah,
anak saya hijau pucuk pisang.
Baju melayu anak dah siap beli awal-awal lagi. Cantik warnanya, hijau pucuk pisang. Tapi saya tak terfikir pula susah kemain nak cari matching warna untuk baju saya. Puas saya rayau semua kedai baju. Ada juga dua, tiga yang sepadan warnanya tapi bajunya baju kurung aje. Saya pula memang dah bosan pakai baju kurung dan tak minat sangat untuk pakainya pada pagi raya. Saya lebih memilih maxi atau fesyen jubah.
Beginilah fesyen pilihan hati.
Akhirnya setelah penat merayau sana sini tak juga jumpa, saya pun dah penat. Jadi, saya ambil keputusan untuk beli saja baju maxi hijau yang tona warnanya lebih gelap daripada baju anak saya. Bila saya padankan malam tadi dengan baju anak tu, nampak cantik juga. Lega rasanya. Tapi baju cik suami yang baru pula tak ada sebab dia cakap nak pakai aja baju tahun-tahun lepas. Yalah, dia pun bukan suka sangat pakai baju melayu. Boleh dikatakan, setahun dua kali je pakai baju melayu. Sedangkan pergi solat Jumaat pun suka pakai t-shirt dan seluar atau kemeja dan seluar. Jadi, tak dapeklah nak nolong, kan.
Tak sedondon sepenuhnya pun masih cantik.
Lantas saya pun bukaklah almari cik suami malam tadi dan jumpa dua baju dia yang berwarna hijau. Satu daripadanya berfesyen ala kurta yang tailor made, so nampak okay gak sebab ia unik. Warnanya, setelah dipadankan, walaupun ketiga-tiga kami akan pakai warna hijau, tapi ketiga-tiganya warna hijau yang berlainan tona. Tapi saya letakkan juga sebelah-menyebelah untuk lihat keserasian gabungan ketiga-tiga warna hijau tu. Mula tu nampak macam tak berapa okay, tapi lama-lama saya pun dah penat. Last-last saya malas nak fikir sangat dah. Okey jelah kot. Janji semua warna hijau. Nak matching sangat pun tak best gak sebab every year saya kena pakai baju yang fesyennya saya tak berkenan. Lainlah kalau tailor made dari awal. Masalahnya saya memang suka last minute dalam cari baju raya. Tula kan. Maybe tahun depan kena planning awal gitu.
Tak sama tona... tapi okey jugak.
Okey... dah lari topik ni sebenarnya. Niat di hati saya ialah saya nak kongsikan apa yang anda boleh buat untuk kekal langsing di bulan raya. Maklumlah, bila dah berpuasa dalam bulan Ramadan, ramai yang dah berjaya dapatkan bentuk badan idaman. Sebolehnya, naklah dikekalkan rupa yang begitu, kan? Kalau asyik makan banyak aje bila pergi open house, macam mana nak maintain ni? Tulah yang susah tu. Pergi rumah orang ni, ada mi kari power. Pergi rumah orang tu pulak, ada sate meletup. Nak makan sikit, tak puas. Last-last, semua makanan yang ada nak dirasa walau sedikit walau akhirnya kuantiti yang dimakan tu jadi banyak dan anda berakhir dengan kekenyangan ala ular sawa. Hehehehe.
Tak moh jadi ular sawa yang kekenyangan...
1. Berpuasa
Walaupun ramai yang akan cakap, alah... ini klise!! Sikit-sikit puasa, sikit-sikit puasa. Semua orang pun tahu kalau puasa memang boleh kurus. Tak payahlah cakap lagi, buang masa je baca pos ni! Oit anda semua yang disayangi... walaupun benda ni klise, benda ni lah yang akan bantu anda kekal langsing. Mana taknya... hari kedua syawal je anda dah berpuasa enam. Orang lain makan itu ini, tapi anda kekal slim sebab tak masyuk apa-apa. Nafsu makan pun tak terasa susah sangat nak dikekang sebab bila anda berpuasa, anda sertai dengan niat. Jadi takkan rasa lapar atau haus sangatlah. Tengok orang makan sedap-sedap di open house pun anda boleh senyum aje... Haa... cuba try tengok dan buat. Insyaallah... confirm jadi punya!
Nama pun puasa... orang makan
spaghetti, kita gulung pita kih kih kih...
Bagi mereka yang mahu enjoy makan sepuasnya di bulan Syawal, tak mengapa sebab anda masih boleh maintain slim. Caranya agak mudah tapi anda perlu ada disiplinlah. Kalau tak ada disiplin, nak buat apa-apa pun semuanya akan jadi susah juga. Tak kiralah walau apa pun yang anda makan pada waktu siangnya, malam sebelum tidur tu anda mesti pastikan yang anda buat sit up sebanyak sekurang-kurangnya 50 kali. Selagi tak cukup 50 kali, jangan tidur. Lebih elok kalau anda dapat buat terus-menerus 50 kali tu, dan bukan buat 10, lepas tu berhenti rehat dan setengah jam kemudian baru nak buat balik, itu pun 10 kali je dan lepas tu rehat balik. Kalau gini gayanya, memang payah nak kekal kurus ya sayang.
Buat dengan penuh disiplin ya...
3. Makan Dengan Kuantiti Sikit
Makan sikit ni bukan bermakna anda makan itu sikit, makan ini sikit, tapi semua makanan yang ada terhidang anda makan sikit-sikit. Itu sikit-sikit lama-lama jadi bukit namanya. Ada harapan nak naikkan berat badan lagi ada lah kalau gini. Makan sikit ni bermakna pada satu-satu waktu makan tu, anda makan dengan kuantiti yang kecil. Pastikan anda berhenti sebelum kenyang. Kalau rasa nak tambah pun, jangan ikutkan hati sangat. Minum je air masak banyak-banyak. Insyaallah rasa kenyang. Kalau rasa nak mengunyah lagi, ambillah makanan yang tak begitu menggemukkan, macam salad, buah dan sayuran mentah. Contohnya kalau makan laksa tu, ambil timun lebih. Kalau makan mi kari, ambil tauge atau kacang panjang lebih. Kenyang juga tu, tapi kenyang yang sihat. Amacam? Okey tak?
Ini betul-betul sikit ni... hahaha.
4. Jauhi Biskut Raya
Anda bukan tak boleh makan biskut raya, tapi pastikan anda makan tak lebih daripada 5 ketul dalam sehari. Maknanya, kalau anda nak pergi open house 5 buah rumah, anda boleh jamah seketul biskut raya di setiap rumah. Lepas tu anda makanlah makanan lain. Biskut raya ni bukan apa... ia mengandungi butter dan marjerin, dan bahan-bahan ni memang cepat menggemukkan. Jadi, untuk elakkan pengepaman badan dalam skala pantas berlaku kepada anda, cuba elakkan kuih-kuih raya ni.
Rasa-rasa boleh tahan tak kalau
makan seketul jer... hihihi.
5. Gunakan Bantuan Alat Pembakaran Lemak
Anda tak perlu beli sebarang alat pembakaran lemak sebenarnya. Cukuplah jika anda kreatif dan tahu apakah benda yang boleh bantu anda untuk bakar lemak berlebihan di dalam badan. Contohnya, mesin Family Doktor Al-Jabbar bukan sekadar baik untuk pulihkan tekanan darah dan kencing manis. Ia juga boleh bantu anda kawal berat badan sebab ia berupaya meningkatkan metabolisme badan. Bila metabolisme badan dah berfungsi dengan optimum, lemak akan senang cair dan anda makan apa pun badan anda susah nak jadi gemuk.
Alatan apa pun takpe...
janji dapat bakar lemak.
6. Jangan Minum Ais
Perkara ini rasanya ramai orang memang dah tahu tapi asyik lupa ataupun sengaja tak mahu ikut. Kalau kita minum ais, lemak yang kita makan akan membeku dan akan ambil masa untuk cairkan dia balik. Maka, akan jadi susahlah kita nak kekal kurus kalau asyik minum air berais aje sepanjang bulan Syawal. Seeloknya, minumlah minuman panas macam kopi, teh dan air suam. Kalau minum barli panas pun elok sangat. Anda boleh ketahui khasiat barli dengan membaca di pos saya sebelum ini. Lagipun, air panas atau air suam sangat membantu dalam pencairan lemak dan memudahkan penghadaman makanan. Cer buat hari-hari, insyaallah lebih mudah anda kekal langsing sepanjang Syawal.
Sedap, tapi lebih elok dijauhi.
7. Makan Sebelum Lapar
Ini sebenarnya amalan sunah, kan? Semua orang pun saya rasa dah tahu tentang ini. Bila kita makan sebelum rasa lapar, kita tak akan terasa nak makan banyak sangat. Sikit saja pun dah cukup. Kalau kita tunggu sampai lapar sangat baru nak makan, itu yang kadang jadi sampai dua tiga pinggan kita makan. Sedap dan berselera betul kalau makan tengah lapar, ya tak. Tapi, kalau nak kekal cantik dan kurus, kenalah berkorban sikit.
Bila tak lapar, makan pun sikit jer...
8. Minum Jus Detox
Sekarang ni kan dah berlambak jus detox di pasaran... pilih saja mana yang berkenan dan sesuai dengan diri anda. Jus detox ni banyak fungsinya... antaranya ialah ia melawaskan pembuangan air besar. Bila anda berpeluh pun, bukan sekadar air saja yang keluar tapi dengan toksik sekali yang selama ini tersimpan saja di dalam badan. Jadi, untuk kesan yang efektif, apa kata anda minum jus detox ini mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh pengeluar. Rasanya, anda memang akan dapat kekal langsing dengan lebih mudah melalui cara ini.
Banyaknya... pilih saja yang mana berkenan.
Cara ini memang bagus cuma ia bukan pilihan utama saya. Salah satu sebabnya ialah, pada saya berurut ni leceh. Anda kena panggil tukang urut untuk datang ke rumah, atau anda sendiri kena pergi ke salon atau rumah urut untuk diurut. Kalau anda nak urut sendiri, boleh saja tapi boleh ke... keberkesanan dia saya tak berani cakap lah kalau urut sendiri kan? Biasanya, memang orang lain yang kena urut kita barulah nampak kesannya. Urutan yang paling efektif semestinya yang memfokus pada pembakaran lemak. Kalau anda ada bajet lebih, mungkin anda juga boleh cuba London Weight Management. Salon lain pun ada banyak, tepuk dada tanya jer selera.
Urut... jangan tak urut.
Ada setengah orang, kalau mereka dalam keadaan tertekan, mereka anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak. Kalau anda orang yang jenisnya begitu, maka lebih penting bagi anda untuk menjauhi tekanan sama sekali. Kalau dibiarkan diri dibelenggu kemurungan dan kesedihan, lambat-laun anda akan terus diulit perasaan ingin makan dan makan lagi. Ditakuti apabila berakhirnya Syawal, anda anda mendapati diri anda mencanak dari segi saiz. Kita tak mahu benda ini berlaku. Oleh itu, cubalah cipta mood gembira dengan apa cara sekalipun. Pandanglah sesuatu itu dari sudut yang positif dan pedulikan kata hati walaupun ada sekelumit rasa terguris disebabkan perlakuan negatif orang di sekeliling anda. Meskipun mereka memang negatif, lantak pi dengan depa dan anda hanya perlu fokus pada yang positif saja. Sayangi diri anda dan insyaallah orang pun akan sayang dengan anda.
Cubalah ceria dalam apa situasi sekalipun.
Okeylah rasanya dah cukup 10 tips untuk kekal langsing di bulan syawal ni... harapan saya semoga anda dapat mengamalkan sedikit-sebanyak yang ada di sini. Kalau tak pun, tak apa sebab sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi dengan anda semua.
Sehingga berjumpa lagi di pos seterusnya. Salam sayang semua...